Penyakit yang menjejaskan
hidup tidak perlu menjejaskan
kehidupan keluarga anda.
Kadangkala, menjaga kesihatan diri juga bermakna
memberi kehidupan yang terbaik untuk keluarga
anda. Ia mendorong anda untuk mengubah gaya
hidup, menjaga pemakanan malah bersenam
dengan lebih kerap. Namun, takdir mungkin tidak
berpihak kepada kita. Kini, masa depan anda
boleh dilindungi dengan Rider Elite Takaful
Penyakit Kritikal Berkurang.
Pelan perlindungan komprehensif ini merangkumi
tiga puluh enam (36) jenis penyakit kritikal. Rider
ini boleh disertakan dalam pelan Elite Takafulink
anda menjadikan matlamat masa depan seisi
keluarga anda lebih mudah untuk direalisasikan.
PENYAKIT DILINDUNGI:
1. Penyakit Arteri Koronari
Dengan
syor Pakar Perunding Kardiologi, menjalani pembedahan jantung terbuka
bagi membetulkan arteri koronari yang mengecil atau tersumbat dengan
graf pintasan. Bukti angiografi bagi penyakit sebenar hendaklah
diberikan. Angiografi dan Pengkateteran Kardium dikecualikan.
2. Penyakit Arteri Koronari yang Serius
Pengecilan
lumen bagi sekurang-kurangnya tiga arteri koronari dengan minimum
tujuh puluh lima peratus (75%). Bukti angiografi bagi penyakit sebenar
hendaklah diberikan.
3 Penggantian Injap Jantung .
Menjalani
penggantian satu injap jantung atau lebih bagi rawatan penyakit injap
jantung. Pembaikan injap jantung dan valvatomi dikecualikan secara
khusus.
4. Pembedahan Aorta
Menjalani
pembedahan bagi aorta yang berpenyakit yang memerlukan eksisi dan
penggantian aorta yang berpenyakit dengan graf. Aorta di sini merujuk
aorta toraks dan abdomen sahaja.
5. Kardiomiopati
Diagnosis
tepat oleh pakar perunding kardiologi ke atas kardiomiopati yang
menyebabkan gangguan fungsi ventrikel beberapa etiologi dan
mengakibatkan gangguan fizikal ke tahap sekurang-kurangnya kelas tiga
(III) atau kelas empat (IV) menurut New York Heart Association of
Cardiac Impairment.
6. Ensefalitis
Inflamasi
bahan otak yang teruk yang mengakibatkan sekuela neurologi yang ketara
dan kekal seperti yang disahkan oleh Pakar Perunding Neurologi yang
memuaskan persatuan/syarikat. Ensefalitis akibat jangkitan HIV
dikecualikan.
7. Tumor Otak Benigna
Tumor
bukan kanser pada otak. Sista, granuloma, malformasi dalam, atau pada
arteri atau vena otak, hematoma dan tumor pada kelenjar pituitari atau
spina dikecualikan.
8. Meningitis Bakteria
Diagnosis
tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Meningitis Bakteria yang
menyebabkan inflamasi membran otak atau saraf tunjang yang mengakibatkan
defisit neurologi kekal.
9. Penyakit Neuron Motor
Diagnosis
tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Penyakit Neuron Motor.
Etiologi penyakit tidak diketahui dan ia dicirikan melalui kemerosotan
yang progresif pada salur kortikospina dan sel tanduk luar atau neuron
eferen bulba. Ini termasuk distrofi otot spina, palsi bulba progresif,
sklerosis lateral amiotrofik dan sklerosis lateral primer.
10. Penyakit Parkinson
Diagnosis
tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Penyakit Parkinson Idiopatik
(agitasi kelumpuhan) yang memerlukan rawatan dengan menggunakan
prekursor dopamin.
Semua bentuk Parkinsonisma lain dikecualikan
11. Penyakit Aizheimer
Keadaan
dementia prasenil yang disebabkan oleh kemerosotan atau hilang
keupayaan intelek seperti yang dibuktikan oleh keadaan klinikal dan soal
selidik piawai yang diterima, ujian atau kelakuan abnormal bagi
Penyakit Aizheimer, dan gangguan degeneratif organik tak berbalik yang
mengakibatkan penurunan mental dan fungsi sosial yang ketara untuk
melakukan sendiri tiga daripada aktiviti kehidupan harian yang berikut
atau lebih.
Aktiviti kehidupan harian adalah:
a)
Bergerak dan Mobiliti – keupayaan untuk bergerak dari satu bilik ke
bilik yang bersebelahan atau dari satu tempat ke tempat lain di dalam
bilik atau duduk atau bangun dari katil atau kerusi tanpa memerlukan
bantuan fizikal orang lain.
b) Kontinens: keupayaan untuk mengawal fungsi pundi kencing dan usus secara terkawal untuk menjaga kebersihan diri.
c) Pakaian – memakai dan menanggalkan semua bahagian pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
d) Tandas – masuk dan keluar dari tandas, duduk dan bangun dari mangkuk tandas dan kebersihan diri yang berkaitan.
e) Makan – melakukan semua pergerakan untuk memakan makanan yang telah disediakan.
Bagi
tujuan Manfaat ini perkataan “kekal” bermaksud tidak ada harapan untuk
sembuh dengan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.
Penyakit neurosis dan psikotik dikecualikan.
12. Poliomielitis
Diagnosis
tepat oleh pakar perunding neurologi bagi jangkitan virus polio yang
menyebabkan penyakit lumpuh seperti yang dibuktikan melalui gangguan
fungsi motor atau kesukaran bernafas.
Kes yang tidak melibatkan lumpuh tidak layak untuk menerima Manfaat ini. Punca lumpuh yang lain dikecualikan.
13. Sklerosis Berbilang
Diagnosis
tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Sklerosis Berbilang dan
disokong dengan bukti klinikal bagi lebih daripada satu defisit
neurologi yang ditentukan dengan jelas, dengan tanda berterusan yang
melibatkan saraf optik, pangkal otak dan saraf tunjang serta gangguan
koordinasi dan fungsi motor dan penderia, yang berterusan selama
sekurang-kurangnya enam bulan.
14. Sindrom Apalik
Diagnosis
tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Sindrom Apalik (nekrosis
universal pangkal otak masih baik). Keadaan ini hendaklah
didokumentasikan secara perubatan sekurang-kurangnya selama satu bulan.
15. Lumpuh
Hilang
secara kekal dan menyeluruh penggunaan dua anggota badan atau lebih.
Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan penyakit lumpuh itu
hendaklah diberikan.
16. Koma
Keadaan
tidak sedarkan diri tanpa tindak balas terhadap rangsangan luar atau
keperluan dalaman yang berlaku secara berterusan, dengan penggunaan
sistem sokongan hayat bagi tempoh selama sekurang-kurangnya sembilan
puluh enam (96) jam dan mengakibatkan defisit neurologi kekal. Bukti
defisit neurologi kekal hendaklah diserahkan mengikut kehendak Kami.
17. Hilang Keupayaan Diri
Pengesahan
oleh pakar perunding perubatan bagi hilang keupayaan diri yang
menyebabkan ketakupayaan kekal untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga
(3) daripada aktiviti kehidupan harian berikut:
Mandi,
memakai pakaian, makan, keupayaan duduk atau bangun dari katil atau
kerusi dan mengawal fungsi usus atau pundi kencing secara terkawal,
sama ada dengan atau tanpa menggunakan kelengkapan mekanikal, peranti
khas atau alat bantu atau alat penyesuai lain untuk orang hilang upaya.
Bagi
tujuan Manfaat ini, perkataan “kekal” bermaksud tidak mempunyai
harapan untuk sembuh dengan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.
18. Hilang Penglihatan
Hilang
penglihatan secara kekal dan menyeluruh pada kedua-dua belah mata sama
ada penglihatannya sudah dibetulkan atau tidak dibetulkan. Bukti
perubatan yang diterima bagi mengesahkan hilang penglihatan hendaklah
diberikan.
19. Hilang Pendengaran
Hilang
pendengaran secara menyeluruh dan tak berbalik pada kedua-dua belah
telinga. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan hilang
pendengaran hendaklah diberikan.
20. Hilang Pertuturan
Hilang
keupayaan bertutur secara menyeluruh dan tak berbalik disebabkan oleh
kerosakan fizikal pada pita suara. Bukti perubatan yang diterima bagi
mengesahkan hilang pertuturan hendaklah diberikan.
21. Kanser
Manifestasi
tumor malignan, yang dicirikan melalui pertumbuhan dan perebakan sel
malignan yang tidak terkawal dan invasi tisu. Istilah kanser termasuklah
leukemia (selain leukemia limfositik kronik) dan penyakit Hodgkin.
Diagnosis hendaklah disokong oleh bukti histologi bagi malignansi. Semua
kanser kulit kecuali melanoma malignan, semua tumor yang diterangkan
secara histologi sebagai pramalignan atau hanya menunjukkan perubahan
malignan awal, kanser-in-situ, penyakit Hodgkin peringkat I dan kanser
papilari pada pundi kencing dikecualikan.
22. Anaemia Aplastik
Kegagalan
sumsum tulang yang didiagnosis oleh pakar hematologi sebagai aplastik
yang mengakibatkan anemia, neutropenia dan trombositopenia yang
memerlukan rawatan dengan salah satu yang berikut:
a) Pemindahan produk darah
b) Agen perangsang sumsum
c) Agen imunosupresif
d) Pemindahan sumsum tulang
23. Trauma Kepala Utama
Kecederaan
kepala akibat kemalangan yang menyebabkan kerosakan serebrum (seperti
yang ditunjukkan melalui teknik pengimbasan atau pengimejan moden dan
disahkan oleh pakar perunding neurologi) yang mengakibatkan gangguan
fungsian kekal dan keupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga daripada
aktiviti kehidupan harian berikut tanpa bantuan:
Mandi,
memakai pakaian, makan, keupayaan duduk atau bangun dari katil atau
kerusi dan mengawal fungsi usus atau pundi kencing secara terkawal,
sama ada dengan atau tanpa menggunakan kelengkapan mekanikal, peranti
khas atau alat bantu atau alat penyesuai lain bagi orang hilang upaya.
Bagi
tujuan Manfaat ini perkataan “kekal” bermaksud tidak ada harapan untuk
sembuh dengan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.
24. Luka Terbakar Teruk
Luka terbakar Darjah Ketiga meliputi sekurang-kurangnya dua puluh peratus (20%)
Permukaan tubuh
25. Pemindahan Organ Utama
Menjalani pemindahan, sebagai penerima jantung (termasuk jantung mekanikal), paru-paru, hati, pankreas atau sumsum tulang.
26. Kegagalan Buah Pinggang
Peringkat
akhir kegagalan buah pinggang disebabkan oleh walau apa jua sebab,
ditunjukkan sebagai kegagalan tak berbalik kronik bagi kedua-dua buah
pinggang untuk berfungsi, dan akibat daripada itu dialisis ginjal secara
tetap digunakan atau pemindahan buah pinggang dijalankan.
27. Penyakit Hati Kronik
Diagnosis penyakti hati peringkat akhir seperti yang dibuktikan oleh semua yang berikut:
a)Demam kuning yang kekal
b)Asites; dan
c)Ensefalopati
Penyakit hati sekunder yang disebabkan oleh alkohol atau salah guna dadah dikecualikan.
28. Hepatitis Virus Fulminan
Diagnosis
kegagalan hati yang dicirikan melalui nekrosis hati yang teruk yang
disebabkan oleh virus Hepatitis Fulminan. Kriteria diagnostik berikut
hendaklah dipenuhi:
a)Pengecilan saiz hati secara mendadak;
b)Nekrosis yang melibatkan keseluruhan lobul dan meninggalkan hanya rangka kerja yang merosot;
c)Fungsi hati yang merosot secara mendadak; dan
d)Demam kuning yang semakin teruk.
Walau
bagaimanapun, diagnosis penyakit ini dikecualikan jika diagnosis
tersebut disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh cubaan
membunuh diri, keracunan, dadah melebihi dos dan pengambilan alkohol
secara berlebihan.
29. Serangan Jantung
Kematian
sebahagian daripada otot jantung (miokerdium) akibat daripada bekalan
darah yang tidak mencukupi dan yang dibuktikan oleh :
a)Sejarah sakit dada tipikal yang berpanjangan; dan
b)Perubahan baru elektrokardiogeraf disebabkan oleh peristiwa ini; dan
c)Kenaikan
paras enzim kardiak (CPK-MB) di atas paras yang secara amnya diterima
oleh makmal sebagai tahap normal. Enzim kardiak atau biomarkers yang
menunjukkan kenaikan signifikan menunjukkan peristiwa terbaru telah
berlaku.
Diagnosis
berdasarkan ujian Troponim T sahaja tidak diambil kira sebagai
diagnostik serangan jantung. Diagnosis ischaemia dengan cara lain yang
tidak disokong oleh kenaikan signifikan dalam enzim kardiak atau
biomarkers akan terkecuali. Angina secara khusus tidak termasuk.
30. Penggantian Injap Jantung
Menjalani
pembedahan jantung terbuka menggantikan atau memperbaiki injap jantung
yang di akibatkan oleh kecacatan atau keadaan tidak normal injap
jantung yang berlaku selepas tarikh pengeluaran atau tarikh
dikuatkuasakan semula Polisi dan / atau Aneksur, yang mana
terkemudian.Pembaikan melalui prosedur intra-arterial, valvotomi,
pembedahan lubang kunci atau teknik serupanya tidak termasuk.
31. Hipertensi Pulmonari Arterial Primer
Bermakna
hipertensi pulmonari primer dengan pembesaran yang banyak ventrikular
kanan seperti yang ditentukan oleh penyiasatan termasuk katerterisasi
kardiak, mengakibatkan kecacatan fizikal kekal tidak boleh pulih
sehingga tahap sekurang- kurangnya Kelas 3 Klasifikasi Persatuan Jantung
New York berkenaan kecacatan kardiak, dan mengakibatkan Hayat yang
Diasuranskan tidak dapat menjalankan pekerjaannya dengan biasa.
32. Pembedahan Otak
Sebenarnya
menjalani pembedahan otak semasa anestesia am apabila kraniotomi
dilakukan. Pembedahan otak dan Bur Hole akibat kemalangan tidaklah
termasuk.
33. Strok
Ditakrifkan
sebagai kemalangan atau kejadian serebrovaskular yang menyebabkan
sekuela neurologi yang kekal, telah berterusan selama tidak kurang dari
enam bulan. Infarksi tisu otak, hemorrhage dan suatu embolus yang
berpunca dari ekstrakranial adalah termasuk. Diagnosis mesti berdasarkan
perubahan yang dilihat didalam CT Scan atau MRI dan disahkan oleh
seorang Pakar Neurologi Perunding bertauliah.
Secara
khusus dikecualikan adalah gejala cerebral akibat serangan iskemia
sementara,sebarang defisit iskemia neurologikal boleh undur, sebarang
serangan iskemia vertebrobasilar, tanda- tanda cerebral akibat migraine,
kecederaan cerebral akibat trauma atau hypoxia dan penyakit vaskular
memberi kesan kepada mata atau saraf optik atau fungsi vestibular
34. Lumpuh Paraplegia
Hilang
secara menyeluruh dan kekal penggunaan kedua- dua anggota tangan atau
kaki, atau satu anggota tangan dan satu kaki, kerana lumpuh akibat
sakit atau kecederaan berlanjutan selama sekurang-kurangnya enam (6)
bulan dari tarikh trauma atau sakit.
35. Penyakit Paru- Paru Kronik
Kegagalan respiratori peringkat akhir termasuk penyakit paru- paru intersitial kronik.
Kriteria berikut mestilah dipatuhi:
a)Memerlukan
terapi oksigen kekal akibat hasil ujian FEV 1 yang tidak melebihi satu
(1)liter.(“Forced Expiratory Volume” semasa saat pertama hembusan
nafas secara paksaan); dan
b)Analisis Gas Darah Arterial dengan tekanan oksigen separa sebanyak 55mmHg atau kurang; dan
c)Dsypnoea semasa berehat.
36. Distrofi Otot
Diagnosis
distrofi otot yang disahkan oleh Pakar Neurologi Perunding yang
terdiri daripada kombinasi 3 daripada 4 keadaan yang berikut:
a)Sejarah ahli keluarga lain yang menghidapinya
b)Presentasi klinikal termasuk ketiadaan kekacauan deria, cecair normal serebro-spinal dan pengurangan kecil refleksi tendon
c)Karakteristik elektromiaogram
d)Pengesyakan klinikal disahkan oleh biopsi otot
Tiada
manfaat akan dibayar dibawah Peristiwa yang Dilindungi ini sebelum
Hayat yang Diinsurankan mencapai umur 12 tahun pada harijadi yang
berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan