Sabtu, 9 September 2017

Antara salah faham Orang Ramai mengenai Pelan takaful.

1. Takaful kemalangan dan takaful nyawa
 Pernah juga saya terjumpa dengan prospek yang bagitau dengan bangganya dia dah ada polisi takaful. Dia bagitahu bila dia meninggal isteri akan terima Rm500ribu. Saya tanya berapa premium bulanan? Dia kata Rm50 ambil pada usia 40tahun.. dalam hati cakap dah sah ni polisi takaful kemalangan. Bila review polisi sah memang itu adalah polisi takaful kemalangan.

Untuk semua takaful kemalangan hanya boleh di tuntut sekiranya si pemunya polisi meninggal di sebabkan kemalangan. Tapi kalau tengah tidur meninggal tak kan dapat perlindungan tu. Letak la parang kat leher doktor suh declare meninggal sebab kemalangan,Doktor takkan buat. Pemilik polisi dah bayar 40tahun (Rm50 Sebulan) bersamaan Rm24000. Rugi je sebab tak berlaku kemalangan pun meninggal.

Baik tuan puan ambil pelan takaful nyawa di tambah dengan rider kemalagan. so dekat situ sekiranya meninggal dunia natural death atau kemalangan tuan puan dapat duit tu.

2. Takaful kenderaan dan Takaful Nyawa.
Agak tergelak bila jumpa prospek bagitau dia dah ada takaful yang di bayar setahun sekali je...
PELIK....serius pelik....
Bila tanya dia cakap bila nak hidupkan roadtax baru la renew takaful. Abang/kakak semua yang itu takaful pada kenderaan kereta,moto,bas dan sebagainya. Bukannya bila abang meninggal sebab sakit jantung dapat duit untuk di tinggalkan pada Isteri dan anak-anak.
Yang itu gunanya bila keta kena langgar boleh la yang di langgar atau melanggar tuntut kerugian bukan untuk diri sendiri.
Kalau diri sendiri kena langgar tu yang gunakan takaful nyawa..bukan hanya untuk kematian je. Takaful nyawa boleh di attach dengan rider lain seperti medical kad,elaun hospital dan lain lagi.

3. Takaful rumah vs Takaful Nyawa
Takaful rumah tu untuk lindungi rumah bila rumah di landa bencana seperti banjir,gempa bumi,terbakar dan sebagainya.. untuk orang yang di dalam rumah perlukan takaful nyawa supaya tidak meniggalkan hutang kepada waris. Dah la meninggal menyusahkan orang pulak untuk cover hutang,

Ilmu ini banyak so dapatkan khidmat nasihat berkaitan perlindungan takaful segera supaya tak salah faham dan mereka-reka benda yang tiada, bila nak claim tak dapat mula la salahkan insuran.

Hubungi saya untuk khidmat nasihat berkaitan kewangan dan insuran.

Kamarul Farid Bin Kassim
012-6048152
(Klik Untuk Wasap)
Facebook Page = http://bit.ly/2gRzFpT



2 ulasan:

  1. KALAU BAYAR SELAMA NI INSURAN NYAWA TAPI MENINGGAL SECARA ACCIDENT KIRA TAK BOLEH DAPAT BALIK?

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam