Isnin, 16 Jun 2014

Hukum Menyertai Insuran Nyawa (HARAM)


Berikut Merupakan keputusan Majlis Fatwa berkenaan Insuran nyawa.


Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-16 yang bersidang pada 15-16 Feb 1979 telah membincangkan mengenai insurans. Persidangan telah memutuskan bahawa insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu:
  1. Mengandungi gharar (ketidak-tentuan) 
  2. Mengandungi unsur judi
  3. Mengandungi muamalah riba
Kebanyakan orang melayu tahun 1980 mengambil insuran MCIS yang mana telah diputuskan keputusannya adalah haram untuk memakan atau menggunakan duit insuran berkenaan. sila rujuk http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-wang-polisi-insuran-nyawa

Ini lah tugas yang mencabar bagi agen takaful bagi memberi pengajaran kepada masyarakat bahawa duit insuran nyawa adalah haram untuk digunakan. Kena bagi kesedaran kepada orang islam bahawa takaful merupakan satu jalan yang mematuhi syariah dan halal untuk Umat Islam Tercinta.

Bagi yang ada insuran tu fikir-fikirkan cara untuk berhenti insuran. Perumpamaan "ayam yang di sembelih dengan tak disembelih selepas disiang letak dalam 2 bekas yang serupa.Tapi mana yang kita nak makan? dah tentu la yang di sembelih.

Untuk yang berminat nak ambil takaful sila hubungi saya :

012-6048152 (Farid)
Whatapp - http://perlindungantakafuletiqa.wasap.my/



Sesungguhnya perkara halal itu jelas dan perkara haram itu jelas dan perkara-perkara yang diantaranya terdapat perkara-perkara yang syubhah. Kebanyakannya sesungguhnya telah membersihkan agama dan kehormatannya. Sesiapa yang terjebak dalam perkara-perkara syubhah, bererti terjebak dalam perkara-perkara yang haram, tidak ubah bagaikan  pengembala yang mengembala binatang di sempadan tanah orang lain, hampir-hampir terjebak kedalamnya. Sesungguhnya setiap raja itu ada batas sempadannya. Sesungguhnya batas sempadan Allah S.W.T ialah perkara-perkara yang diharamkannya. Sesungguhnya dalam jasad manusia itu terdapat seketul daging. Apabila daging itu baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila rosak maka rosaklah seluruh jasad. Daging itu ialah hati.”



1 ulasan: