Selasa, 24 Jun 2014

Kenapa Orang Melayu (terutamanya) Gagal Menyimpan di Takaful

Banyak kajian telah dijalankan bagi mengkaji kesedaran orang melayu dalam tabiat menyimpan dan menabung. Keseluruhannya orang melayu cukup positif untuk menyimpan tetapi kebanyakannya menyimpan hanya di satu tempat.

 Bank
Orang melayu suka simpan dalam bank sebab duit senang nak keluar masuk. Kot masuk lagi banyak dari keluar tak pe la jugak tapi kebanyakkannya duit lagi banyak keluar dari masuk. Tapi tahukah anda dengan menyimpan di bank sekiranya anda meninggal dalam masa 3 hari je duit tu akan ke amanah raya. Then proses waris nak tuntut duit memerlukan masa 3-12Bulan. Pastu kena pergi mahkamah syariah,kena pegi pejabat pendaftaran dan macam2 tempat lagi la. Dari segi kos waris memerlukan Rm350 sehingga Rm3000 bergantung pada banyak mana duit anda. Bila dah smpai amanah raya diorang akan tolak hutang anda then baru dapat pada waris.tu pun sikit je dapat. silap-silap kena bayar hutang lak lagi.

ASB/T.Haji
Kat sini orang melayu memang suka menyimpan yela dapat dividen 6-7%. tapi tahukah anda sekiranya anda meninggal duit hanya dapat sejumlah duit anda sahaja. Katakan lah baru menyimpan setahun simpan RM100 je then tiba-tiba meninggal. Waris hanya dapat Rm1200 je. Berbanding simpan di takaful walaupun baru sebulan simpan RM100 waris akan terima Rm60000. banyak tu..

Insuran
Dah banyak kali cakap simpan dalam insuran tu haram tapi masih ramai simpan di life insuran.bila tanya diorang cakap biar la duit masing2. tapi tahukah anda yang anda telah mengharamkan sekeluarga anda dengan memberi keluarga anda makan duit insuran nyawa oleh pengendali insuran bukan pengendali takaful. Majlis fatwa mengharamkan duit insuran untuk dinikmati oleh keluarga.

Bawah Bantal
Ada orang cakap simpan di bawah bantal lagi senang tapi tahukah anda dengan cara ini anda meletakkan 99% risiko kecurian dan kehilangan. Simpan ribu-ribu pastu bawah bantal pastu anda balik kampung hari raya.bila balik rumah tgk2 rumah dah kena pecah masuk then hilang ribu-raban. Simpan bawah bantal menyebabkan duit anda tidak beranak pinak.

Takaful
Hanya 11% rakyat malaysia menyimpan di dalam takaful (Islamic Insurance). Pelaburan yang mengikut syarak dan golongan ini cukup bijak merancang kewangan. Insyallah yang dah menyimpan di takaful anda akan terima perlindungan dan duit yang halal.

 Buat semua yang berminat sila hubungi saya untuk merancang kewangan islamic anda
012-6048152 (Farid)
farid.etiqa@gmail.com
Jangan malu jgn segan sebab saya nak kaum saya Melayu, Agama saya Islam sentiasa dipandang tinggi oleh kaum lain

Isnin, 16 Jun 2014

Hukum Menyertai Insuran Nyawa (HARAM)


Berikut Merupakan keputusan Majlis Fatwa berkenaan Insuran nyawa.


Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-16 yang bersidang pada 15-16 Feb 1979 telah membincangkan mengenai insurans. Persidangan telah memutuskan bahawa insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu:
  1. Mengandungi gharar (ketidak-tentuan) 
  2. Mengandungi unsur judi
  3. Mengandungi muamalah riba
Kebanyakan orang melayu tahun 1980 mengambil insuran MCIS yang mana telah diputuskan keputusannya adalah haram untuk memakan atau menggunakan duit insuran berkenaan. sila rujuk http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-wang-polisi-insuran-nyawa

Ini lah tugas yang mencabar bagi agen takaful bagi memberi pengajaran kepada masyarakat bahawa duit insuran nyawa adalah haram untuk digunakan. Kena bagi kesedaran kepada orang islam bahawa takaful merupakan satu jalan yang mematuhi syariah dan halal untuk Umat Islam Tercinta.

Bagi yang ada insuran tu fikir-fikirkan cara untuk berhenti insuran. Perumpamaan "ayam yang di sembelih dengan tak disembelih selepas disiang letak dalam 2 bekas yang serupa.Tapi mana yang kita nak makan? dah tentu la yang di sembelih.

Untuk yang berminat nak ambil takaful sila hubungi saya :

012-6048152 (Farid)
Whatapp - http://perlindungantakafuletiqa.wasap.my/



Sesungguhnya perkara halal itu jelas dan perkara haram itu jelas dan perkara-perkara yang diantaranya terdapat perkara-perkara yang syubhah. Kebanyakannya sesungguhnya telah membersihkan agama dan kehormatannya. Sesiapa yang terjebak dalam perkara-perkara syubhah, bererti terjebak dalam perkara-perkara yang haram, tidak ubah bagaikan  pengembala yang mengembala binatang di sempadan tanah orang lain, hampir-hampir terjebak kedalamnya. Sesungguhnya setiap raja itu ada batas sempadannya. Sesungguhnya batas sempadan Allah S.W.T ialah perkara-perkara yang diharamkannya. Sesungguhnya dalam jasad manusia itu terdapat seketul daging. Apabila daging itu baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila rosak maka rosaklah seluruh jasad. Daging itu ialah hati.”



Selasa, 15 April 2014

Perlindungan Takaful

PENGENALAN TAKAFUL

Takaful merupakan satu usaha kerjasama, lindung-melindungi dan tolong-menolong di antara anggota masyarakat yang menginginkan perlindungan dalam menghadapi kemungkinan malapetaka atau bencana. Usaha ini dikendalikan oleh Syarikat Takaful sebagai pengusaha melalui skim dan pelan takuful yang disusun dengan berlandaskan hukum-hukum syariat. Usaha bagi mewujudkan kerjasama dan lindung-melindungi ini selari dengan tuntutan Islam sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al-Quran, Surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud:

“Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam melakukan kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong-menolong dalam melakukan dosa dan perseteruan”.

 PERBEZAAN TAKAFUL & INSURANS


Hubungi saya untuk khidmat nasihat kewangan dan takaful
Kamarul Farid Bin Kassim 0126048152
Whatapp - http://perlindungantakafuletiqa.wasap.my/ 
Facebook - http://bit.ly/2gRzFpT