Sabtu, 9 September 2017

Medical Kad Hilang??Macamana nak buat?

Mungkin anda pernah mengalami pengalaman macamni. medical kad letak mana?anak-anak main medical kad tak tau letak mana? dompet tak tau letak mana?macamana nak buat ni?


Senang je contact agent anda segera, lepas tu buat la bayaran Rm 10 + gst Rm0.60 = Rm10.60. so nanti agent anda akan uruskan segera permohonan medical kad bagi pengantian.. dapat la kad baru..

Kalau agent tak de atau jauh anda boleh segera ke branch untuk membuat permohonan pengantian kad...

Yang tak de medical kad lagi. Kad perubatan ini digunakan untuk urusan kemasukkan hospital swasta. Nak Que hospital kerajaan lambat kan so pakai medical kad terus masuk hospital swasta. Semuanya akan di tanggung oleh pihak insuran. Tapi buat medical kad ni sebelum sakit tau bukan dah sakit baru buat. Sebab tu banyak complain cakap syarikat insuran tak cover itu ini.

Simpanan + Medical kad + Perlindungan.

Sila Hubungi saya, saya sedia membantu
Kamarul Farid Bin Kassim
Financial Advisor Etiqa Takaful.
0126048152
Whatapps (Klik Je)
Financial Advisor etiQa Takaful


Selasa, 14 Mac 2017

Dapat pampasan BANYAK suami/isteri kahwin lain?

Saya selalu mendengar orang cakap
1. Tak nak la buat simpanan takaful nanti bila pasangan dapat pampasan banyak dia akan kahwin lain.
2. Buat apa buat simpanan banyak-banyak nanti bukan diri sendiri dapat duit tu
3. Perlu ke saya menyimpan yang belum tentu duit tu di uruskan bila saya tiada lagi

Sila betul kan minda anda

1. Pasangan anda tak kan kahwin lain sekiranya anda pergi dengan meinggalkan harta dan duit yang mencukupi untuk tempat dia bergantung. Kalau anda pergi awal siapa nak sara anak-anak anda?duit dah la tak tinggalkan pastu berharap isteri tak kahwin lain.cheet..... Kalau pasangan anda nak kahwin lain terpulang lah ini qada dan qadar, anda dah tak de di dunia ni urusan anda dah selesai.Sekurang-kurangnya anda dah buat yang terbaik demi masa depan orang yang anda tinggalkan. Lebih baik dari isteri anda meminta-minta pada lelaki bukan muhrim lain yang cuba nak try isteri anda selepas anda tiada.

(Sekadar gambar hiasan)

2. Yeke duit simpanan takaful tu bukan untuk anda. Anda pernah berhutang dan mungkin juga anda terlupa yang hutang anda akan dituntut walaupun anda tiada lagi di dunia ini. Ingat Rasulullah pun tak nak sembahyang kan orang yang masih tidak di tanggung hutangnya. Dalam al-quran surah al baqarah banyak cerita pasal hutang,sila semak ye.....



3. Anda hibahkan takaful anda pada orang yang anda sayang dan anda percaya dia mampu menguruskan duit anda walaupun anda tiada di dunia ini lagi. Anak-anak anda perlukan pelajaran,isteri anda perlukan duit untuk uruskan rumah tangga. Ibu bapa anda nak pergi umrah, so anda buat yang terbaik semua nya akan berjalan dengan sempurna.

Buat simpanan takaful Rm 3.33 sehari@Rm100sebulan dan anda akan terima perlindungan takaful dari etiqa sebanyak RM100,000 ... Rugi?tak rugi pun sebab duit ni akan jadi simpanan anda untuk masa depan anda. Nanti bila dah tua tak larat kerja tiba2 cek ada simpanan la kat takaful. so anda ada la duit lebih..

Buat isteri sila paksa suami menyimpan supaya tak menyusahkan anda nanti.
jangan percaya kalau suami cakap dah buat simpanan takaful tapi tak de bukti pun ada polisi,

Pengalaman saya jumpa isteri pensyarah dengan yakin dia kata suaminya dah buat takaful tapi selang 2 tahun suaminya meninggal baru dia tau suaminya tak buat pun simpanan takaful siap tinggalkan lagi hutang personal loan dari cimb expreses Rm200k. Memang tak boleh tolong dah waktu tu. 
Rancang kewangan keluarga anda, 
Hubungi saya untuk bantu anda dalam memberikan perlindungan takaful terbaik.

Kamarul Farid Bin Kassim (Carian F/B)
Financial Islamic Advisor Etiqa Takaful
012-6048152  (Call/SMS//Fb Messenger)
Free Quotation untuk anda semua...
Nak tanya lain-lain urusan pun boleh..takde masalah.

Isnin, 6 Mac 2017

Hibah takaful?? apakah hibah takaful ni?

Kita selalu mendengar orang berkata-kata mengenai hibah...namun kita faham kah maksud sebenar hibah tu?

Hibah ni bermaksud hadiah yang diberikan ketika seseorang itu masih hidup. Pemberian ikhlas tanpa syarat. Bolehkah hibah di cabar di mahkamah?Jawapannya tidak boleh di cabar di mahkamah.
Hibah takaful pula adalah pemberian berupa pampasan kematian kepada waris yang di rasa kan ikhlas untuk diberikan ketika seseorang itu masih hidup,waras,bukan paksaan. Hibah takaful akan diberikan kepada orang yang di sayangi tanpa wasiat & tidak tertakluk kepada hukum faraid sekiranya pemegang takaful itu meninggal dunia.

Hukum islam meletakkan faraid sebagai cara pengagihan harta selepas seseorang itu meninggal dunia.

Takaful adalah instrument penting bagi pemberian ikhlas untuk orang yang disayangi. 

Contoh : 
Ahmad kontraktor muda berjaya di usia 35Tahun. Mempunyai harta bernilai Rm 2 juta. Dia sibuk dan tidak peduli pun mengenai takaful. Duit simpanan di simpan di dalam ASB, banyak hampir Rm500ribu, Aminah isterinya seorang suri rumah, aminah tahu kepentingan takaful puas menasihati suami untuk menyimpan namun suaminya tetap degil untuk menyimpan takaful. 
Tiba-tiba tak di jangka ahmad di jemput ilahi. Tinggal lah isteri dia dan anak. Duit dalam ASB ahmad beku, duit pergi ke amahan raya,nak meneruskan kehidupan pun sesak. Selalunya ahmad yang bagi belanja tapi kini ahmad tiada. Bila selesai semua urusan duit tu akan di tolak kepada LHDN,tolak hutang-hutang Ahmad tinggal lah Rm300ribu. Tapi bukan semua tu aminah dapat, kena lalu hukum faraid pulak termasuk harta2 yang lain.. aminah hanya dapat 1/8 dari duit asb Ahmad tu..Rm37500 sahaja. Harta lain dapat lah sebahagian tapi selebihnya adik beradik ahmad yang lelaki yang tiba-tiba dapat harta.

Moral : 
1.Ahmad perlu buat hibah takaful RM500 ribu supaya isteri dan anak dia tak susah waktu dia tiada 2.Mengelakkan perebutan harta di kalangan adik beradik, 
3.Isterinya aminah perlu paksa suami untuk menyimpan takaful untuk kepentingan diri.PAKSA.


Kesimpulan 
Buat lah simpanan takaful dan hibahkan lah pada orang yang kita sayang. Untuk masa depan isteri,anak,ibu bapa supaya waris kita tidak akan meminta-minta bila kita tiada. 
Sedara mara,adik beradik boleh la bantu sikit-sikit tapi mampu ke diorang bagi jumlah yang sama kepada keluarga kita sama sewaktu kita hidup. Kalau gaji Rm4ribu sebulan waktu kita hidup, bila dah meninggal ada lg ke Rm 4ribu sebulan tu??

Pesanan 
Orang lelaki sila tinggal kan sekurang2 nya Rm100ribu untuk keluarga meneruskan kehidupan,
Anda buat simpanan serendah RM100 anda jamin keluarga anda dengan nilai RM100,000 atau lebih dan anda akan punyai simpanan pelaburan untuk persaraan anda.

Hubungi saya untuk masa depan keluarga anda.
Kamarul Farid Bin Kassim (carian fb)
012-6048152 (Call/sms/whataps/fb massenger)
Free quotation untuk pelan perlindungan takaful etiqa.

Ahad, 4 September 2016

Pengalaman menggunakan medical kad Etiqa.

Hi semua...
Just nak share pengalaman menggunakan medical kad etiqa..Alhamdulillah semuanya cover. Tak ada masalah. Untuk pengetahuan semua pemegang medical kad sebelum masuk hospital swasta sila sediakan deposit Rm500 (akan dipulangkan semula bila discharge nnt) dan pastikan anda punya bayaran insuran/takaful cantik.

Bulan July 2016 saya sendiri merasakan pengalaman menggunakan medical kad etiqa. Setelah 3 tahun menjadi agent dan membuat simpanan etiqa untuk diri sendiri, anak-anak dan isteri. Akhirnya terguna juga medical kad etiqa. Yela kita nak sihat tp siapa sangka kan sakit bila-bila boleh datang.

Bulan July 2016,  My daughter Qisya sofia masuk hospital di sebabkan sakit mycoplasma bronchitis.(jangkitan kuman di paru-paru) susah nak nafas,batuk, asthma, demam dan sebagainya.. bila budak sakit kita memang pening kepala kesian kat anak. Alhamdulillah bawak dia ke kpj ipoh untuk dapatkan rawatan...
            
(Bil Hospital KPJ)
Duduk 4 hari dengan kos Rm2747.50 di kpj ipoh..wad kanak-kanak dia terbaik..budak-budak pun bole hilang sakit..alhamdulillah dapat kan rawatan pakar di kpj ipoh. service kpj terbaik. Ni bukti claim medical kad etiqa.

Selang 2 minggu lepas tu..saya sendiri demam yang tak baik-baik melebihi 40celcius.. pelik betul selalu demam sehari 2 je...tapi kali ni demam sampai 4 hari tak baik-baik. Pergi ambil darah di hospital kerajaan tp doktor cakap kena tahan wad sebab bakteria banyak dalam darah.Saya mintak la doktor di Hospital Batu Gajah untuk buat refer letter untuk ke Kpj Ipoh..doktor kerajaan cakap kena kencing tikus sebab banyak sgt bakteria..saya terkejut tapi lepas ke kpj ipoh doktor sana ckp memang banyak bakteria dalam darah tapi...
Rupanya kena tonsillitis tahap 3.. nasib tahap 3 kalau tahap 4 doktor suh operate buang tonsil. masuk antibiotik sentiasa selama 2 hari..alhamdulillah baik cepat...demam pun baik.


Duduk hospital kpj 2 hari je tapi dengan kos RM3079.20. Alhamdulillah selesa duduk di hospital swasta,makan pun sedap...Bila discharge dapat balik deposit...Rm500..dan rawatan susulan lepas dicharge boleh di claim semula..


Tiba-tiba terfikir sekiranya kena sakit kritikal alhamdulillah betapa bersyukurnya ada medical kad..
Murah dan mudah medical kad termurah.Medical kad Rm5 je sehari untuk diri sendiri simpanan+perlindungan+medical kad..

Kamarul Farid Bin Kassim (carian fb)
012-6048152 (Call/sms/whataps)
Free quotation untuk pelan perlindungan takaful etiqa.

Rabu, 1 Jun 2016

Tujuan menyimpan takaful

Ramai yang tertanya-tanya kenapa perlu takaful.kenapa perlu menyimpan takaful?
Konsepnya mudah adalah untuk perlindungan sekiranya berlaku keadaan luar jangka.

Apa maksud keadaan luar jangka?
Keadaan di mana penyimpan takaful mengalami musibah contohnya keilatan (lumpuh,cacat kekal), keadaan kesihatan yang teruk. Kematian bukan luar jangka pun sebab semua benda hidup di janjikan kematian.tak de orang tak mati-mati dalam dunia ni.kematian adalah satu keadaan yang kita tidak tak dapat jangkakan bila.Persediaan takaful penting bagi melindungi keluarga yang di tinggalkan dan kewangan kita yang berstatus hutang. (hutang kereta,hutang peribadi,hutang dengan orang lain)

Bagaimana takaful dapat membantu?
Bagi pemegang polisi anda dilindungi dengan sejumlah nilai bergantung kepada usia anda.
Contoh A berumur 35tahun  menyimpan Pelan Harmoni Rm250 sebulan dengan perlindungan medical kad.
Perlindungan A adalah
Rm 50000 sekiranya A meninggal dunia atau cacat kekal.
Rm400000 Nilai medical kad untuk perlindungan sekiranya perlu masuk hospital.
Simpanan matang selama 30 tahun. Bila A berusia 65tahun nanti A akan terima duit simpanannya.


A takkan alami masalah di atas sekiranya berlaku keadaan luar jangka.

Pm Saya untuk free quotation
Kamarul Farid Bin Kassim
0126048152 (Tel/what aps/sms/wechat)
email-farid.etiqa@gmail.com

Khamis, 19 Mei 2016

Pandangan Ustaz mengenai Takaful

Assalamualaikum semua kat sini nak share video ustaz azhar idrus mengenai takaful life insurance.


Contohnya bayar baru sebulan tapi Allah lagi sayang dia,secara automatik waris mendapat duit untuk kegunaan seharian dan tampung hutang kita.


Takaful adalah perlindungan
Katakan kita mampu bawak gaji tiap bulan untuk keluarga kita tapi bayangkan sekiranya kita meninggal dunia bagaimana keluarga kita?? Tiap bulan ada duit Rm2-3ribu tapi bila kita tak de sapa nak tanggung?sedara mara? Diorang pun bila melawat orang meninggal mampu la bagi Rm50 masuk tabung kematian tapi kalau tiap bulan mampu ke diorang bagi kita Rm2-3ribu untuk anak dan isteri kita? Tu kalau kematian kalau Hilang Upaya Kekal Menyeluruh/ Lumpuh? kita terbaring tapi tgk penderitaan orang yang kita saya susah payah untuk menyara keluarga.

Takaful untuk pembiayaan Hutang.
Bila kita meninggal siapa yang akan tanggung hutang kita?anak bini?mak ayah?adik beradik?sebab tu diwajibkan untuk semua orang ada takaful supaya hutang-hutang kita lunas dengan adanya duit perlindungan ni. Ingat lah bila kita mati apa yang imam akan kata sebelum tinggalkan rumah?sekiranya ada si mati berhutang maka tuntut lah pada waris.Bukan sekali namun 3 kali di beri peringatan.Hutang bukan setakat dengan individu namun hutang juga pada bank,kerajaan(cukai),dan lain lagi. Contoh hutang adalah pinjaman kenderaan,pembiayaan peribadi,pinjaman perniagaan dan banyak lagi. Nilai hutang perlu kurang dari nilai perlindungan takaful.

Nilai Hutang < Nilai perlindungan takaful atau lebih.

Takaful Adalah Harta Pusaka
Dengan mengambil takaful ianya boleh dijadikan harta pusaka yang di tinggalkan kepada waris. Pemegang polisi boleh menghibahkan kepada orang yang di kehendaki untuk menguruskan hartanya. Hibah tidak boleh di cabar di mana-mana mahkamah kerana ianya adalah pemberian ketika masih hidup. Dengan ini ia tidak perlu melalui pembahagian berdasarkan faraid yang seperti sedia maklum prosesnya memakan masa 3bulan - 1 tahun dengan kos yang tinggi. Ia juga mengelakkan ketidakpuasan hati isteri kerana mengikut nilai faraid pembahagian isteri adalah rendah iaitu 1/8 dari nilai harta simati.

Takaful Adalah Sedekah/Amal Jariah
Anggaplah simpanan takaful yang kita simpan tiap bulan adalah sedekah dan amal jariah atas jalan Allah. Kenapa saya cakap macam tu.Fahami gambar di atas, duit kita di kumpulkan dalam 1 tabung namun sekiranya berlaku kematian/lumpuh pada keluarga orang lain maka sebahagian duit kita membantu orang lain. Best rasanya tiap2 bulan bersedekah. Semoga Allah Luaskan lagi rezeki pemegang polisi takaful.


Dengan simpanan serendah Rm80 anda sudah mampu untuk menjamin keluarga anda. 
Simpan serendah Rm100 anda mampu meninggalkan waris /menjamin hutang /meninggalka harta pusaka dengan nilai Ratusan ribu,

Pm Saya untuk free quotation.
Kamarul Farid Bin Kassim
0126048152 (Tel/What aps/Sms) 
email- farid.etiqa@gmail.com