Isnin, 15 Mac 2021

Dah Tahun 2021..Masih terfikir-fikir mencari Perlindungan Takaful yang murah??

 Tahun 2021.. Selamat datang... Dah tahun 2021 dah tapi masih mencari-cari perlindungan takaful murah??

Murah VS Nilai

Penting ke murah?semua orang nak mencari yang murah..tp tuan/puan kena faham murah tak semestinya bagus,mahal jugak tak semuanya indah. Mencari takaful bukan berkaitan murah atau mahal tapi sebenarnya titik tengahnya adalah Mampu. Mampu tu macamana?mampu dalam erti kata lain mampu bayar tanpa menjejaskan kehidupan kita sampai bila-bila.

Ada je pelan murah takaful yang bayar Rm60 sebulan tapi cover sampai Rm 100k perlindungan kematian/hibah. Ada je yang ambil pelan murah dan memberi manfaat kepada waris contohnya macam dalam video ni. 



Tak kisah murah atau mahal tapi yang penting ada nilai/value pada seseorang. Ada yang bayar beribu-ribu sebulan tapi hanya bayar 6 kali je?bila jadi apa-apa tak boleh claim. Lepas tu cakap takaful tipu. Kena pastikan kita mampu dan ada nilai pada kita atau waris. 

Nak Mencari medical kad , cari la medical kad mampu milik , cari yang ngam-ngam untuk keperluan kita. Nak rasa katil macam raja tapi mampu kah kita bayar bulanannya. Daripada tak ada lebih baik ada. Daripada bayar terlalu mahal nanti tak mampu kemudian kandas di tengah jalan. So carik agent yang mampu beri apa yang kita mampu bayar selamanya. Boleh tampung kos sakit kita. Boleh gembirakan hati waris walaupun kita dah tiada kat dunia. 

Sila hubungi saya untuk sebutharga / Quoatation.
Sila Hubungi saya, saya sedia membantu
Kamarul Farid Bin Kassim
Financial Advisor Etiqa Takaful.
0126048152
Whatapps (Klik Je)
Financial Advisor etiQa Takaful
#hiba@hibah
#perlindungantakafuletiqa
#etiqatakaful


Ahad, 12 Julai 2020

Pentingkah medical card?

Assalamualaikum semua.

Tiada istilah medical kad apa yang terbaik tapi medical kad mana yang paling sesuai untuk anda. Untuk apa sebenarnya medical kad ni? ada orang bertanya perlukah medical kad? ada juga yang dah ada medical kad tapi cakap rugi bayar tapi tak guna-guna medical kad tu. Apa sebenarnya medical kad ni dan tujuannya.

Medical kad adalah satu alat kewangan yang di jadikan perlindungan bagi melindungi kewangan apabila anda menghidap penyakit dan memerlukan rawatan di hospital. Medical kad berfungsi untuk melindungi aset-aset dari dileburkan bagi menampung kos rawatan hospital. Bayangkan jika anda sakit anda perlu menjual rumah@kereta bagi menampung kos rawatan.

Ini reality kehidupan. setiap orang inginkan kebebasan dari hutang. Medical kad membantu melindungi kehidupan anda.
Kalau abang Ebby Yus tahu pentingnya medical kad tentu semuanya tak terjejas. Tak de siapa pun minat untuk sakit. Anda rasa Rm150 mahal untuk medical kad tapi bila nak beli benda yang anda minat seperti emas,basikal,rod pancing yang harganya beribu ringgit anda akan kata murah.Sebab anda minat. Sakit tak de siapa minat pun. Berapa harga medical kad? adalah bergantung kepada usia anda,jantina,pekerjaan anda dan lain lagi.
Sila hubungi saya untuk sebutharga / Quoatation.
Sila Hubungi saya, saya sedia membantu
Kamarul Farid Bin Kassim
Financial Advisor Etiqa Takaful.
0126048152
Whatapps (Klik Je)
Financial Advisor etiQa Takaful




Rabu, 7 Ogos 2019

Medical card etiqa cover sehingga 40juta..

Berita baik untuk semua warganegara malaysia yang sihat tubuh badan,yang mencari perlindungan medical kad, yang mencari peluang menyimpan duit untuk masa hadapan dan mencari keberkatan hidup (sebab takaful ni adalah tolong menolong setiap sumbangan kita di anggap bersedekah di jalan allah).

Etiqa menawarkan perlindungan medical kad sehingga 40 juta. Serius tak memain ni. Anda boleh pakai medical kad etiqa ini sehingga 40 juta kerana ianya tanpa limit. Medical kad terbaik dari etiqa takaful..



Berapa bayaran minimum medical kad etiqa ni?
Ia adalah medical kad yang murah dari segi pembiayaannya. Medical kad serendah Rm5 sehari ataupun bersamaan Rm150sebulan. (bergantung kepada faktor lain seperti usia, jantina, faktor pekerjaan dan lain-lain lagi).


Bila sakit anda perlu dimasukkan ke dalam hospital tak kira la hospital kerajaan mahupun hospital swasta. Pilihan yang bijak adalah untuk masuk di hospital swasta kerana keadaan yang selesa dan lebih cepat mendapatkan rawatan serta kepakaran dan teknologi yang mungkin lebih baik dari hospital kerajaan. Anda ada pilihan sama ada menggunakan duit sendiri mahupun gunakan insuran.
Pilih la mana-mana pun janji anda jadi orang pandai....cadangan saya gunakan kad perubatan mampu milik ini.


Nota : Medical kad hanyalah rider iaitu tambahan kepada pelan utama. Anda boleh menggabungkan pelan simpanan + perlindungan bersama medical kad.

Sila hubungi saya untuk maklumat lebih lanjut
Kamarul Farid Bin Kassim
1ET43723
AGG Group ( Agensi No 1 Etiqa)
klik untuk maklumat lanjut
Free quotation dan lain-lain service.

Sabtu, 2 Disember 2017

Do U Really Love Your Family?


Sanggupkah anda melihat kejadian seperti di atas?
Bayangkan anda sebagai ahli keluarga terdekat wanita berkenaan adakah anda mampu mengantikan pendapatan yang hilang dan selesaikan hutang si mati?
Akaun si Mati akan di bekukan selepas 3 hari kematian? Duit dibekukkan.

Jadi jangan biarkan ini berlaku kepada isteri dan anak-anak anda.. Sila buat perancangan kewangan dengan betul supaya keluarga anda tidak terabai.
* Ini hanya 1 kisah kehidupan nyata namun anda perlu mencoraknya supaya tidak berlaku kepada diri sendiri. Maaf kepada kak zuraidah saizli semoga ia menjadi iktibar kepada insan lain di luar sana.

Hubungi saya untuk dapatkan Pelan takaful yang sesuai untuk diri anda,

Kamarul Farid Bin Kassim
1ET43723
012-6048152
(Klik Untuk Wasap)



Sabtu, 9 September 2017

Antara salah faham Orang Ramai mengenai Pelan takaful.

1. Takaful kemalangan dan takaful nyawa
 Pernah juga saya terjumpa dengan prospek yang bagitau dengan bangganya dia dah ada polisi takaful. Dia bagitahu bila dia meninggal isteri akan terima Rm500ribu. Saya tanya berapa premium bulanan? Dia kata Rm50 ambil pada usia 40tahun.. dalam hati cakap dah sah ni polisi takaful kemalangan. Bila review polisi sah memang itu adalah polisi takaful kemalangan.

Untuk semua takaful kemalangan hanya boleh di tuntut sekiranya si pemunya polisi meninggal di sebabkan kemalangan. Tapi kalau tengah tidur meninggal tak kan dapat perlindungan tu. Letak la parang kat leher doktor suh declare meninggal sebab kemalangan,Doktor takkan buat. Pemilik polisi dah bayar 40tahun (Rm50 Sebulan) bersamaan Rm24000. Rugi je sebab tak berlaku kemalangan pun meninggal.

Baik tuan puan ambil pelan takaful nyawa di tambah dengan rider kemalagan. so dekat situ sekiranya meninggal dunia natural death atau kemalangan tuan puan dapat duit tu.

2. Takaful kenderaan dan Takaful Nyawa.
Agak tergelak bila jumpa prospek bagitau dia dah ada takaful yang di bayar setahun sekali je...
PELIK....serius pelik....
Bila tanya dia cakap bila nak hidupkan roadtax baru la renew takaful. Abang/kakak semua yang itu takaful pada kenderaan kereta,moto,bas dan sebagainya. Bukannya bila abang meninggal sebab sakit jantung dapat duit untuk di tinggalkan pada Isteri dan anak-anak.
Yang itu gunanya bila keta kena langgar boleh la yang di langgar atau melanggar tuntut kerugian bukan untuk diri sendiri.
Kalau diri sendiri kena langgar tu yang gunakan takaful nyawa..bukan hanya untuk kematian je. Takaful nyawa boleh di attach dengan rider lain seperti medical kad,elaun hospital dan lain lagi.

3. Takaful rumah vs Takaful Nyawa
Takaful rumah tu untuk lindungi rumah bila rumah di landa bencana seperti banjir,gempa bumi,terbakar dan sebagainya.. untuk orang yang di dalam rumah perlukan takaful nyawa supaya tidak meniggalkan hutang kepada waris. Dah la meninggal menyusahkan orang pulak untuk cover hutang,

Ilmu ini banyak so dapatkan khidmat nasihat berkaitan perlindungan takaful segera supaya tak salah faham dan mereka-reka benda yang tiada, bila nak claim tak dapat mula la salahkan insuran.

Hubungi saya untuk khidmat nasihat berkaitan kewangan dan insuran.

Kamarul Farid Bin Kassim
012-6048152
(Klik Untuk Wasap)
Facebook Page = http://bit.ly/2gRzFpT



Medical Kad Hilang??Macamana nak buat?

Mungkin anda pernah mengalami pengalaman macamni. medical kad letak mana?anak-anak main medical kad tak tau letak mana? dompet tak tau letak mana?macamana nak buat ni?


Senang je contact agent anda segera, lepas tu buat la bayaran Rm 10 + gst Rm0.60 = Rm10.60. so nanti agent anda akan uruskan segera permohonan medical kad bagi pengantian.. dapat la kad baru..

Kalau agent tak de atau jauh anda boleh segera ke branch untuk membuat permohonan pengantian kad...

Yang tak de medical kad lagi. Kad perubatan ini digunakan untuk urusan kemasukkan hospital swasta. Nak Que hospital kerajaan lambat kan so pakai medical kad terus masuk hospital swasta. Semuanya akan di tanggung oleh pihak insuran. Tapi buat medical kad ni sebelum sakit tau bukan dah sakit baru buat. Sebab tu banyak complain cakap syarikat insuran tak cover itu ini.

Simpanan + Medical kad + Perlindungan.

Sila Hubungi saya, saya sedia membantu
Kamarul Farid Bin Kassim
Financial Advisor Etiqa Takaful.
0126048152
Whatapps (Klik Je)
Financial Advisor etiQa Takaful


Selasa, 14 Mac 2017

Dapat pampasan BANYAK suami/isteri kahwin lain?

Saya selalu mendengar orang cakap
1. Tak nak la buat simpanan takaful nanti bila pasangan dapat pampasan banyak dia akan kahwin lain.
2. Buat apa buat simpanan banyak-banyak nanti bukan diri sendiri dapat duit tu
3. Perlu ke saya menyimpan yang belum tentu duit tu di uruskan bila saya tiada lagi

Sila betul kan minda anda

1. Pasangan anda tak kan kahwin lain sekiranya anda pergi dengan meinggalkan harta dan duit yang mencukupi untuk tempat dia bergantung. Kalau anda pergi awal siapa nak sara anak-anak anda?duit dah la tak tinggalkan pastu berharap isteri tak kahwin lain.cheet..... Kalau pasangan anda nak kahwin lain terpulang lah ini qada dan qadar, anda dah tak de di dunia ni urusan anda dah selesai.Sekurang-kurangnya anda dah buat yang terbaik demi masa depan orang yang anda tinggalkan. Lebih baik dari isteri anda meminta-minta pada lelaki bukan muhrim lain yang cuba nak try isteri anda selepas anda tiada.

(Sekadar gambar hiasan)

2. Yeke duit simpanan takaful tu bukan untuk anda. Anda pernah berhutang dan mungkin juga anda terlupa yang hutang anda akan dituntut walaupun anda tiada lagi di dunia ini. Ingat Rasulullah pun tak nak sembahyang kan orang yang masih tidak di tanggung hutangnya. Dalam al-quran surah al baqarah banyak cerita pasal hutang,sila semak ye.....



3. Anda hibahkan takaful anda pada orang yang anda sayang dan anda percaya dia mampu menguruskan duit anda walaupun anda tiada di dunia ini lagi. Anak-anak anda perlukan pelajaran,isteri anda perlukan duit untuk uruskan rumah tangga. Ibu bapa anda nak pergi umrah, so anda buat yang terbaik semua nya akan berjalan dengan sempurna.

Buat simpanan takaful Rm 3.33 sehari@Rm100sebulan dan anda akan terima perlindungan takaful dari etiqa sebanyak RM100,000 ... Rugi?tak rugi pun sebab duit ni akan jadi simpanan anda untuk masa depan anda. Nanti bila dah tua tak larat kerja tiba2 cek ada simpanan la kat takaful. so anda ada la duit lebih..

Buat isteri sila paksa suami menyimpan supaya tak menyusahkan anda nanti.
jangan percaya kalau suami cakap dah buat simpanan takaful tapi tak de bukti pun ada polisi,

Pengalaman saya jumpa isteri pensyarah dengan yakin dia kata suaminya dah buat takaful tapi selang 2 tahun suaminya meninggal baru dia tau suaminya tak buat pun simpanan takaful siap tinggalkan lagi hutang personal loan dari cimb expreses Rm200k. Memang tak boleh tolong dah waktu tu. 
Rancang kewangan keluarga anda, 
Hubungi saya untuk bantu anda dalam memberikan perlindungan takaful terbaik.

Kamarul Farid Bin Kassim (Carian F/B)
Financial Islamic Advisor Etiqa Takaful
012-6048152  (Call/SMS//Fb Messenger)
Free Quotation untuk anda semua...
Nak tanya lain-lain urusan pun boleh..takde masalah.

Isnin, 6 Mac 2017

Hibah takaful?? apakah hibah takaful ni?

Kita selalu mendengar orang berkata-kata mengenai hibah...namun kita faham kah maksud sebenar hibah tu?

Hibah ni bermaksud hadiah yang diberikan ketika seseorang itu masih hidup. Pemberian ikhlas tanpa syarat. Bolehkah hibah di cabar di mahkamah?Jawapannya tidak boleh di cabar di mahkamah.
Hibah takaful pula adalah pemberian berupa pampasan kematian kepada waris yang di rasa kan ikhlas untuk diberikan ketika seseorang itu masih hidup,waras,bukan paksaan. Hibah takaful akan diberikan kepada orang yang di sayangi tanpa wasiat & tidak tertakluk kepada hukum faraid sekiranya pemegang takaful itu meninggal dunia.

Hukum islam meletakkan faraid sebagai cara pengagihan harta selepas seseorang itu meninggal dunia.

Takaful adalah instrument penting bagi pemberian ikhlas untuk orang yang disayangi. 

Contoh : 
Ahmad kontraktor muda berjaya di usia 35Tahun. Mempunyai harta bernilai Rm 2 juta. Dia sibuk dan tidak peduli pun mengenai takaful. Duit simpanan di simpan di dalam ASB, banyak hampir Rm500ribu, Aminah isterinya seorang suri rumah, aminah tahu kepentingan takaful puas menasihati suami untuk menyimpan namun suaminya tetap degil untuk menyimpan takaful. 
Tiba-tiba tak di jangka ahmad di jemput ilahi. Tinggal lah isteri dia dan anak. Duit dalam ASB ahmad beku, duit pergi ke amahan raya,nak meneruskan kehidupan pun sesak. Selalunya ahmad yang bagi belanja tapi kini ahmad tiada. Bila selesai semua urusan duit tu akan di tolak kepada LHDN,tolak hutang-hutang Ahmad tinggal lah Rm300ribu. Tapi bukan semua tu aminah dapat, kena lalu hukum faraid pulak termasuk harta2 yang lain.. aminah hanya dapat 1/8 dari duit asb Ahmad tu..Rm37500 sahaja. Harta lain dapat lah sebahagian tapi selebihnya adik beradik ahmad yang lelaki yang tiba-tiba dapat harta.

Moral : 
1.Ahmad perlu buat hibah takaful RM500 ribu supaya isteri dan anak dia tak susah waktu dia tiada 2.Mengelakkan perebutan harta di kalangan adik beradik, 
3.Isterinya aminah perlu paksa suami untuk menyimpan takaful untuk kepentingan diri.PAKSA.


Kesimpulan 
Buat lah simpanan takaful dan hibahkan lah pada orang yang kita sayang. Untuk masa depan isteri,anak,ibu bapa supaya waris kita tidak akan meminta-minta bila kita tiada. 
Sedara mara,adik beradik boleh la bantu sikit-sikit tapi mampu ke diorang bagi jumlah yang sama kepada keluarga kita sama sewaktu kita hidup. Kalau gaji Rm4ribu sebulan waktu kita hidup, bila dah meninggal ada lg ke Rm 4ribu sebulan tu??

Pesanan 
Orang lelaki sila tinggal kan sekurang2 nya Rm100ribu untuk keluarga meneruskan kehidupan,
Anda buat simpanan serendah RM100 anda jamin keluarga anda dengan nilai RM100,000 atau lebih dan anda akan punyai simpanan pelaburan untuk persaraan anda.

Hubungi saya untuk masa depan keluarga anda.
Kamarul Farid Bin Kassim (carian fb)
012-6048152 (Call/sms/whataps/fb massenger)
Free quotation untuk pelan perlindungan takaful etiqa.

Ahad, 4 September 2016

Pengalaman menggunakan medical kad Etiqa.

Hi semua...
Just nak share pengalaman menggunakan medical kad etiqa..Alhamdulillah semuanya cover. Tak ada masalah. Untuk pengetahuan semua pemegang medical kad sebelum masuk hospital swasta sila sediakan deposit Rm500 (akan dipulangkan semula bila discharge nnt) dan pastikan anda punya bayaran insuran/takaful cantik.

Bulan July 2016 saya sendiri merasakan pengalaman menggunakan medical kad etiqa. Setelah 3 tahun menjadi agent dan membuat simpanan etiqa untuk diri sendiri, anak-anak dan isteri. Akhirnya terguna juga medical kad etiqa. Yela kita nak sihat tp siapa sangka kan sakit bila-bila boleh datang.

Bulan July 2016,  My daughter Qisya sofia masuk hospital di sebabkan sakit mycoplasma bronchitis.(jangkitan kuman di paru-paru) susah nak nafas,batuk, asthma, demam dan sebagainya.. bila budak sakit kita memang pening kepala kesian kat anak. Alhamdulillah bawak dia ke kpj ipoh untuk dapatkan rawatan...
            
(Bil Hospital KPJ)
Duduk 4 hari dengan kos Rm2747.50 di kpj ipoh..wad kanak-kanak dia terbaik..budak-budak pun bole hilang sakit..alhamdulillah dapat kan rawatan pakar di kpj ipoh. service kpj terbaik. Ni bukti claim medical kad etiqa.

Selang 2 minggu lepas tu..saya sendiri demam yang tak baik-baik melebihi 40celcius.. pelik betul selalu demam sehari 2 je...tapi kali ni demam sampai 4 hari tak baik-baik. Pergi ambil darah di hospital kerajaan tp doktor cakap kena tahan wad sebab bakteria banyak dalam darah.Saya mintak la doktor di Hospital Batu Gajah untuk buat refer letter untuk ke Kpj Ipoh..doktor kerajaan cakap kena kencing tikus sebab banyak sgt bakteria..saya terkejut tapi lepas ke kpj ipoh doktor sana ckp memang banyak bakteria dalam darah tapi...
Rupanya kena tonsillitis tahap 3.. nasib tahap 3 kalau tahap 4 doktor suh operate buang tonsil. masuk antibiotik sentiasa selama 2 hari..alhamdulillah baik cepat...demam pun baik.


Duduk hospital kpj 2 hari je tapi dengan kos RM3079.20. Alhamdulillah selesa duduk di hospital swasta,makan pun sedap...Bila discharge dapat balik deposit...Rm500..dan rawatan susulan lepas dicharge boleh di claim semula..


Tiba-tiba terfikir sekiranya kena sakit kritikal alhamdulillah betapa bersyukurnya ada medical kad..
Murah dan mudah medical kad termurah.Medical kad Rm5 je sehari untuk diri sendiri simpanan+perlindungan+medical kad..

Kamarul Farid Bin Kassim (carian fb)
012-6048152 (Call/sms/whataps)
Free quotation untuk pelan perlindungan takaful etiqa.

Rabu, 1 Jun 2016

Tujuan menyimpan takaful

Ramai yang tertanya-tanya kenapa perlu takaful.kenapa perlu menyimpan takaful?
Konsepnya mudah adalah untuk perlindungan sekiranya berlaku keadaan luar jangka.

Apa maksud keadaan luar jangka?
Keadaan di mana penyimpan takaful mengalami musibah contohnya keilatan (lumpuh,cacat kekal), keadaan kesihatan yang teruk. Kematian bukan luar jangka pun sebab semua benda hidup di janjikan kematian.tak de orang tak mati-mati dalam dunia ni.kematian adalah satu keadaan yang kita tidak tak dapat jangkakan bila.Persediaan takaful penting bagi melindungi keluarga yang di tinggalkan dan kewangan kita yang berstatus hutang. (hutang kereta,hutang peribadi,hutang dengan orang lain)

Bagaimana takaful dapat membantu?
Bagi pemegang polisi anda dilindungi dengan sejumlah nilai bergantung kepada usia anda.
Contoh A berumur 35tahun  menyimpan Pelan Harmoni Rm250 sebulan dengan perlindungan medical kad.
Perlindungan A adalah
Rm 50000 sekiranya A meninggal dunia atau cacat kekal.
Rm400000 Nilai medical kad untuk perlindungan sekiranya perlu masuk hospital.
Simpanan matang selama 30 tahun. Bila A berusia 65tahun nanti A akan terima duit simpanannya.


A takkan alami masalah di atas sekiranya berlaku keadaan luar jangka.

Pm Saya untuk free quotation
Kamarul Farid Bin Kassim
0126048152 (Tel/what aps/sms/wechat)
email-farid.etiqa@gmail.com

Khamis, 19 Mei 2016

Pandangan Ustaz mengenai Takaful

Assalamualaikum semua kat sini nak share video ustaz azhar idrus mengenai takaful life insurance.


Contohnya bayar baru sebulan tapi Allah lagi sayang dia,secara automatik waris mendapat duit untuk kegunaan seharian dan tampung hutang kita.


Takaful adalah perlindungan
Katakan kita mampu bawak gaji tiap bulan untuk keluarga kita tapi bayangkan sekiranya kita meninggal dunia bagaimana keluarga kita?? Tiap bulan ada duit Rm2-3ribu tapi bila kita tak de sapa nak tanggung?sedara mara? Diorang pun bila melawat orang meninggal mampu la bagi Rm50 masuk tabung kematian tapi kalau tiap bulan mampu ke diorang bagi kita Rm2-3ribu untuk anak dan isteri kita? Tu kalau kematian kalau Hilang Upaya Kekal Menyeluruh/ Lumpuh? kita terbaring tapi tgk penderitaan orang yang kita saya susah payah untuk menyara keluarga.

Takaful untuk pembiayaan Hutang.
Bila kita meninggal siapa yang akan tanggung hutang kita?anak bini?mak ayah?adik beradik?sebab tu diwajibkan untuk semua orang ada takaful supaya hutang-hutang kita lunas dengan adanya duit perlindungan ni. Ingat lah bila kita mati apa yang imam akan kata sebelum tinggalkan rumah?sekiranya ada si mati berhutang maka tuntut lah pada waris.Bukan sekali namun 3 kali di beri peringatan.Hutang bukan setakat dengan individu namun hutang juga pada bank,kerajaan(cukai),dan lain lagi. Contoh hutang adalah pinjaman kenderaan,pembiayaan peribadi,pinjaman perniagaan dan banyak lagi. Nilai hutang perlu kurang dari nilai perlindungan takaful.

Nilai Hutang < Nilai perlindungan takaful atau lebih.

Takaful Adalah Harta Pusaka
Dengan mengambil takaful ianya boleh dijadikan harta pusaka yang di tinggalkan kepada waris. Pemegang polisi boleh menghibahkan kepada orang yang di kehendaki untuk menguruskan hartanya. Hibah tidak boleh di cabar di mana-mana mahkamah kerana ianya adalah pemberian ketika masih hidup. Dengan ini ia tidak perlu melalui pembahagian berdasarkan faraid yang seperti sedia maklum prosesnya memakan masa 3bulan - 1 tahun dengan kos yang tinggi. Ia juga mengelakkan ketidakpuasan hati isteri kerana mengikut nilai faraid pembahagian isteri adalah rendah iaitu 1/8 dari nilai harta simati.

Takaful Adalah Sedekah/Amal Jariah
Anggaplah simpanan takaful yang kita simpan tiap bulan adalah sedekah dan amal jariah atas jalan Allah. Kenapa saya cakap macam tu.Fahami gambar di atas, duit kita di kumpulkan dalam 1 tabung namun sekiranya berlaku kematian/lumpuh pada keluarga orang lain maka sebahagian duit kita membantu orang lain. Best rasanya tiap2 bulan bersedekah. Semoga Allah Luaskan lagi rezeki pemegang polisi takaful.


Dengan simpanan serendah Rm80 anda sudah mampu untuk menjamin keluarga anda. 
Simpan serendah Rm100 anda mampu meninggalkan waris /menjamin hutang /meninggalka harta pusaka dengan nilai Ratusan ribu,

Pm Saya untuk free quotation.
Kamarul Farid Bin Kassim
0126048152 (Tel/What aps/Sms) 
email- farid.etiqa@gmail.com







Rabu, 2 September 2015

Kad perubatan mampu milik dari ETIQA TAKAFUL

Assalamualaikum semua...

Kalau Bukan Kita Siapa???
Kalau bukan sekarang BILA??
Kos perubatan makin mahal, ke hospital kerajaan kena tunggu lama.silap2 tak sempat nak dapatkan rawatan penyakit dah teruk..

Kad Perubatan Mampu Milik Dari ETIQA TAKAFUL

kalau dah sakit tak de gunanya lagi...
*Tidak ada orang muflis kerana mempunyai polisi takaful
*Tapi ramai yang muflis kerana tidak mempunyai polisi takaful
*** Simpanlah 10% dari gaji dalam simpanan kita untuk selamatkan 90% gaji kita jika ditimpa sakit.
** Total bayaran RM150 sebulan
** RM 80 masuk saving (Dividen 5-6% Tahunan)
** Rm 70 Fee Medical 
** Tiada Co Takaful
** Cover 36 Penyakit kritikal termasuk barah
** Saving matang min RM30K 
** Khairat Min Rm50K
** Medical Kad value 400K(Untuk perubatan dan pembedahan)
** Kelayakan bilik Rm200 Sehari
EVERYTHING IS COVER
PM PM PM PM PM SAYA....TQ..TQ..

Kamarul Farid Kassim (carian FB)
0126048152 (Call/sms/wassup)

wasapp - http://perlindungantakafuletiqa.wasap.my/
Saya sedia membantu di mana sahaja bila2 masa sahaja.
boleh add sy di fb

FREE QUOTATION....



Selasa, 8 Julai 2014

MABRUR DI PILIH PRODUK TERBAIK


Syukur Alhamdulillah Etiqa menang untuk produk terbaik simpanan takaful pada Majlis Penganugerahan Kajian Pengguna Inovasi Produk 2014/2015.

Mengenai Produk Mabrur di mana seorang individu menyimpan di Etiqa takaful dia akan miliki 3 tabung iaitu

Perlindungan - Simpanan Etiqa - Simpanan Tabung Haji.

Pelanggan tak perlu risau mengenai masa depan dan tabungan ini boleh digunakan untuk menunaikan haji yang merupakan Rukun Islam Ke 5 yang merupakan wajib bagi berkemampuan.
berkemampuan di maksudkan orang yang ada ruang dan kenderaan untuk ke tanah suci mekah. Ada orang cakap tak mampu tapi rumah ada astro,kereta ada 2,baju berjenama,beg tangan mahal tapi bila menunaikan haji cakap tak mampu. Sedarlah yang menunaikan haji adalah RUKUN bagi umat islam.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk mabrur 
http://perlindungantakafuletiqa.blogspot.com/p/pelan-haji-mabrur.html
Untuk lebih lanjut jangan malu segan untuk hubungi saya.
Farid- 0126048152 (call/sms/watsup)
email - farid.etiqa@gmail.com

Isnin, 7 Julai 2014

Gagal Bayar PTPTN Jejas kan Pelajar Lain.

  • Sedar atau tidak yang sekarang ni ptptn pun tak mampu untuk tanggung kos pendidikan yang semakin hari semakin meningkat. 
  • Sedar tak yang tanggungjawab untuk membaiyai pendidikan anak-anak adalah di tangan ibu bapa. Agak kesian bila anak-anak keluar je ipta dengan pinjaman ribu raban tapi tak dapat kerja.
  • Sedar tak orang-orang melayu yang bahawa kaum2 lain menyimpan duit untuk anak-anak sejak diorang masih kecil lagi. simpanan di insurankan supaya sekiranya berlaku apa-apa kepada pembayar yang anak-anak mendapat pendidikan yang terjamin, sekiranya terjadi apa-apa pada anak-anak duit tu dapat pada ibu ayah yang bole digunakan untuk membesarkan anak-anak yang lain.
  • Sedar tak semua yang sekiranya anda menyimpan dari awal anda mampu mengubah nasib keluarga dengan anak-anak yang cemerlang. Sekirannya anak-anak tak cemerlang gunakan duit ni untuk anak-anak mulakan satu perniagaan yang mana mampu mengubah nasib keluarga.
    (Artikel ni bertarikh 20 Jun 2014)
APA TUNGGU LAGI SIMPAN LAH UNTUK PENDIDIKAN ANAK-ANAK. DENGAN SIMPANAN RM100 SEBULAN ANDA MELINDUNGI ANAK ANDA SEHINGGA RATUSAN RIBU.
ANDA MENJAMIN PENDIDIKAN ANAK-ANAK

ANDA TAKKAN RUGI PUN MENYIMPAN DENGAN PELAN PENDIDIKAN DIMANA ANAK ANDA DILINDUNGI RATUSAN RIBU SEHINGGA DIA 20TAHUN DAN ANDA DAPAT PULANGAN DUIT UNTUK ANAK-ANAK ANDA MENERUSKAN PENDIDIKAN/MEMULAKAN PERNIAGAAN.

DENGAN PELAN INTELEK ANDA MAMPU MENGUBAH HIDUP KELUARGA ANDA.

PM SAYA UNTUK TEMUJANJI/PERTANYAAN DAN SEBAGAINYA.
HUBUNGI SY. FARID (0126048152) (SMS/WATSUP)
EMAIL ; farid.etiqa@gmail.com

BERUBAH LAH UNTUK TIDAK MENJADI ORANG YANG MEMINTA2 BILA DITIMPA MUSIBAH..

Selasa, 24 Jun 2014

Kenapa Orang Melayu (terutamanya) Gagal Menyimpan di Takaful

Banyak kajian telah dijalankan bagi mengkaji kesedaran orang melayu dalam tabiat menyimpan dan menabung. Keseluruhannya orang melayu cukup positif untuk menyimpan tetapi kebanyakannya menyimpan hanya di satu tempat.

 Bank
Orang melayu suka simpan dalam bank sebab duit senang nak keluar masuk. Kot masuk lagi banyak dari keluar tak pe la jugak tapi kebanyakkannya duit lagi banyak keluar dari masuk. Tapi tahukah anda dengan menyimpan di bank sekiranya anda meninggal dalam masa 3 hari je duit tu akan ke amanah raya. Then proses waris nak tuntut duit memerlukan masa 3-12Bulan. Pastu kena pergi mahkamah syariah,kena pegi pejabat pendaftaran dan macam2 tempat lagi la. Dari segi kos waris memerlukan Rm350 sehingga Rm3000 bergantung pada banyak mana duit anda. Bila dah smpai amanah raya diorang akan tolak hutang anda then baru dapat pada waris.tu pun sikit je dapat. silap-silap kena bayar hutang lak lagi.

ASB/T.Haji
Kat sini orang melayu memang suka menyimpan yela dapat dividen 6-7%. tapi tahukah anda sekiranya anda meninggal duit hanya dapat sejumlah duit anda sahaja. Katakan lah baru menyimpan setahun simpan RM100 je then tiba-tiba meninggal. Waris hanya dapat Rm1200 je. Berbanding simpan di takaful walaupun baru sebulan simpan RM100 waris akan terima Rm60000. banyak tu..

Insuran
Dah banyak kali cakap simpan dalam insuran tu haram tapi masih ramai simpan di life insuran.bila tanya diorang cakap biar la duit masing2. tapi tahukah anda yang anda telah mengharamkan sekeluarga anda dengan memberi keluarga anda makan duit insuran nyawa oleh pengendali insuran bukan pengendali takaful. Majlis fatwa mengharamkan duit insuran untuk dinikmati oleh keluarga.

Bawah Bantal
Ada orang cakap simpan di bawah bantal lagi senang tapi tahukah anda dengan cara ini anda meletakkan 99% risiko kecurian dan kehilangan. Simpan ribu-ribu pastu bawah bantal pastu anda balik kampung hari raya.bila balik rumah tgk2 rumah dah kena pecah masuk then hilang ribu-raban. Simpan bawah bantal menyebabkan duit anda tidak beranak pinak.

Takaful
Hanya 11% rakyat malaysia menyimpan di dalam takaful (Islamic Insurance). Pelaburan yang mengikut syarak dan golongan ini cukup bijak merancang kewangan. Insyallah yang dah menyimpan di takaful anda akan terima perlindungan dan duit yang halal.

 Buat semua yang berminat sila hubungi saya untuk merancang kewangan islamic anda
012-6048152 (Farid)
farid.etiqa@gmail.com
Jangan malu jgn segan sebab saya nak kaum saya Melayu, Agama saya Islam sentiasa dipandang tinggi oleh kaum lain

Isnin, 16 Jun 2014

Hukum Menyertai Insuran Nyawa (HARAM)


Berikut Merupakan keputusan Majlis Fatwa berkenaan Insuran nyawa.


Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-16 yang bersidang pada 15-16 Feb 1979 telah membincangkan mengenai insurans. Persidangan telah memutuskan bahawa insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu:
  1. Mengandungi gharar (ketidak-tentuan) 
  2. Mengandungi unsur judi
  3. Mengandungi muamalah riba
Kebanyakan orang melayu tahun 1980 mengambil insuran MCIS yang mana telah diputuskan keputusannya adalah haram untuk memakan atau menggunakan duit insuran berkenaan. sila rujuk http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-wang-polisi-insuran-nyawa

Ini lah tugas yang mencabar bagi agen takaful bagi memberi pengajaran kepada masyarakat bahawa duit insuran nyawa adalah haram untuk digunakan. Kena bagi kesedaran kepada orang islam bahawa takaful merupakan satu jalan yang mematuhi syariah dan halal untuk Umat Islam Tercinta.

Bagi yang ada insuran tu fikir-fikirkan cara untuk berhenti insuran. Perumpamaan "ayam yang di sembelih dengan tak disembelih selepas disiang letak dalam 2 bekas yang serupa.Tapi mana yang kita nak makan? dah tentu la yang di sembelih.

Untuk yang berminat nak ambil takaful sila hubungi saya :

012-6048152 (Farid)
Whatapp - http://perlindungantakafuletiqa.wasap.my/



Sesungguhnya perkara halal itu jelas dan perkara haram itu jelas dan perkara-perkara yang diantaranya terdapat perkara-perkara yang syubhah. Kebanyakannya sesungguhnya telah membersihkan agama dan kehormatannya. Sesiapa yang terjebak dalam perkara-perkara syubhah, bererti terjebak dalam perkara-perkara yang haram, tidak ubah bagaikan  pengembala yang mengembala binatang di sempadan tanah orang lain, hampir-hampir terjebak kedalamnya. Sesungguhnya setiap raja itu ada batas sempadannya. Sesungguhnya batas sempadan Allah S.W.T ialah perkara-perkara yang diharamkannya. Sesungguhnya dalam jasad manusia itu terdapat seketul daging. Apabila daging itu baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila rosak maka rosaklah seluruh jasad. Daging itu ialah hati.”



Selasa, 15 April 2014

Perlindungan Takaful

PENGENALAN TAKAFUL

Takaful merupakan satu usaha kerjasama, lindung-melindungi dan tolong-menolong di antara anggota masyarakat yang menginginkan perlindungan dalam menghadapi kemungkinan malapetaka atau bencana. Usaha ini dikendalikan oleh Syarikat Takaful sebagai pengusaha melalui skim dan pelan takuful yang disusun dengan berlandaskan hukum-hukum syariat. Usaha bagi mewujudkan kerjasama dan lindung-melindungi ini selari dengan tuntutan Islam sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al-Quran, Surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud:

“Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam melakukan kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong-menolong dalam melakukan dosa dan perseteruan”.

 PERBEZAAN TAKAFUL & INSURANS


Hubungi saya untuk khidmat nasihat kewangan dan takaful
Kamarul Farid Bin Kassim 0126048152
Whatapp - http://perlindungantakafuletiqa.wasap.my/ 
Facebook - http://bit.ly/2gRzFpT